SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Sunday, February 20, 2011

Program Kecemerlangan UPSR 2011

SMK ROMPIN,19 FEBRUARI 2011- Seramai 25 orang murid Tahun Enam SK Sungai Puteri telah mengikuti Program Kecemerlangan UPSR 2011 bersama Dr Ismail Zain. Majlis ini merupakan anjuran Ahli Parlimen Rompin iaitu YB Kapt (B) Dato' Haji Mohd Johari bin Haji Hussain dengan kerjasama Majlis Guru Besar Rompin.

Majlis ini telah diadakan di Dewan SMK Rompin bermula 7:30 pagi hingga 4:30 petang. Program ini disertai oleh murid-murid Tahun 6 sekolah rendah di Kelompok Rompin Pantai Utara dan Selatan. Seramai 250 orang murid mengikuti program ini.

YB Kapt (B) Dato' Haji Mohd Johari bin Haji Hussain telah merasmikan majlis ini. Dalam ucapan perasmian, beliau amat berharap peserta yang mengikuti program ini dapat menggunakan segala pengetahuan,kaedah dan ilmu yang diperolehi dalam usaha peserta menyiapkan diri menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 ini.

Antara sekolah yang terlibat dalam program ini adalah :-
  1. SK Rompin
  2. SK Leban Chondong
  3. SK Sungai Puteri
  4. SJKC Rompin
  5. SK Kampong Kolam
  6. SK Pontian
  7. SK(LKTP) Selendang 1
  8. SK Selendang 4
  9. SK Sungai Mok
  10. SK Janglau
  11. SK Tanjong Gemok
  12. SK Sarang Tiong
  13. SK Pianggu
  14. SK Denai
  15. SK Tekek
Gambar-gambar sepanjang program : Klik Di Sini


No comments:

Post a Comment