SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, August 19, 2011

BERBUKA PUASA DAN SOLAT HAJAT PERDANA


Pada 18 Ogos 2011, majlis berbuka puasa sempena Solat Hajat Perdana bagi murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2011 telah diadakan. Sebaik sahaja azan maghrib berkumandang semua yang hadir menjamu selera dengan hidang yang disediakan. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Rompin, Guru Besar SK Kampung Kolam dan Guru Besar SK Kedaik. 

Selesai sahaja berbuka, para hadiriin mendirikan solat maghrib berjemaah. Kemudian para hadirin mendirikan solat hajat bagi memohon kejayaan kepada calon-calon UPSR SK Sungai Puteri bagi tahun 2011 ini. Sementara menantikan waktu Isyak, para hadirin membaca surah Yasin yang diketuai oleh Ustaz Mohd Asmawi. Selesai sahaja mendirikan solat Isyak, para hadirin menunaikan solat tarawih dan witir. Majlis berakhir dengan jamuan ringan selepas selesai mendirikan solat tarawih dan witir. Semoga usaha ini mendapat keredha dariNya.

KLIK DISINI untuk melihat gambar sekitar majlis.

No comments:

Post a Comment