SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, August 18, 2011

SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN


SK Sungai Puteri, 18 Ogos 2011- Sambutan Nuzul Al-Quran telah diadakan di peringkat sekolah dalam suasana serba sederhana. Tepat jam 7.40 pagi, alunan bacaan Yaasin memenuhi ruang dewan terbuka SK Sungai Puteri. Bacaan Yasin ini diketuai oleh Ustaz Asmawi bin Mohd Daud. Surah Yasin turut dipancarkan melalui LCD untuk memudahkan para pelajar yang tidak membawa Surah Yasin. Selesai sahaja bacaan Yasin, majlis diteruskan dengan tazkirah oleh Ustazah Shuhaini bin Mohd Amin. Tazkirah yang disampaikan berjaya menarik minat para pelajar. Sambutan Majlis Nuzul Al-Quran ini berakhir tepat jam 8.20 pagi.

No comments:

Post a Comment