SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, April 29, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN


SK LEBAN CHONDONG- Satu perlawanan persahabatan bola tampar di antara SK Leban Chondong dengan SK Sungai Puteri telah berlangsung di gelanggang bola tampar SK Leban Chondong pada 28 April 2011. Perlawanan ini bertujuan merapatkan tali silaturahim di antara guru-guru di kedua buah sekolah ini. Perlawanan persahabatan ini turut disaksikan oleh Guru Besar SK Leban Chondong dan GPK Pentadbiran SK Sungai Puteri.
Pada perlawanan ini pasukan lelaki SK Sungai Puteri telah mengalahkan pasukan lelaki SK Leban Chondong dengan 2-1. Namun begitu kejayaan pasukan lelaki SK Sungai Puteri gagal diikuti oleh pasukan wanita SK Sungai Puteri apabila mereka tunduk kepada pasukan wanita SK Leban Chondong dengan keputusan yang sama.
Selepas tamat perlawanan, pasukan SK Sungai Puteri telah diraikan dengan jamuan yang cukup enak. Terima kasih daun keladi dari kami buat SK Leban Chondong.

Wednesday, April 27, 2011

MAKLUMAN

PERJUMPAAN IBUBAPA DAN PENJAGA
MURID LINUS 2011

29 APRIL 2011
10:30 PAGI
DEWAN TUN FATIMAH

Monday, April 25, 2011

PENGHARGAAN BUAT PASUKAN BOLA BALING



SK SUNGAI PUTERI- Pasukan bola baling SK Sungai Puteri telah diberikan penghargaan terhadap pencapaian mereka di dalam pertandingan bola baling di peringkat kelompok dan peringkat daerah. Sesungguhnya komitmen mereka membuahkan hasil yang cemerlang.

PEMBERIAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN


Friday, April 22, 2011

BOLA BALING ANTARA KELOMPOK PERINGKAT DAERAH




SMK SERI ROMPIN- Kejohanan bola baling antara kelompok peringkat daerah telah diadakan pada 21 April 2011 di padang SMK Seri Rompin. Kelompok Rompin Pantai telah menghantar pasukan yang terdiri daripada 8 orang murid daripada SK Sungai Puteri, 2 orang murid daripada SK Sarang Tiong dan 2 orang murid daripada SK Leban Chondong.
Kelompok yang turut menyertai kejohanan ini ialah Kelompok Muadzam, Kelompok Chanis dan Kelompok Bantura. Kejohanan bola baling pada  tahun ini telah dimenangi oleh Kelompok Chanis. Manakal Kelompok Rompin Pantai menduduki tempat kedua. Berikut merupakan keputusan perlawanan sepanjang kejohanan bola baling.

MUADZAMPANTAICHANISBANTURAJARINGANJUMLAH MATA
MUADZAM 4-93-133-10100
PANTAI9-47-813-11294
CHANIS13-38-78-8295
BANTURA10-311-138-8293

Wednesday, April 20, 2011

GPK KOKURIKULUM BARU

ZURAINAH BINTI MOHAMED RAMLI
GPK KOKURIKULUM

Pihak pentadbiran, guru-guru serta murid-murid SK Sungai Puteri mengalu-alukan kehadiran GPK Kokurikulum yang baru dilantik. Semoga kehadiran beliau dapat meningkatkan kecemerlangan kokurikulum SK Sungai Puteri ke satu tahap yang membanggakan.


Tuesday, April 19, 2011

SISTEM E-Tukar BUKAN GURU

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah membangunkan satu system permohonan pertukaran secara atas talian iaitu Sistem E-Tukar bukan guru bagi menggantikan permohonan secara manual jawatan bukan guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Permohonan secara atas talian akan dibuka 1 April 2011.

Maklumat lanjut sila layari laman web KPM di alamat http://www.moe.gov.my mulai sekarang.

Sumber: Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, JPN Pahang

Friday, April 15, 2011

TERIMA KASIH


Nama Guru :  Tuan Haji Roslan bin Nikmat
Tempoh Berkhidmat di SK Sg. Puteri : 8 Ogos 2010 - 1 April 2011
Bertukar ke : SK Pianggu

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan...Warga SKTG telah kehilangan seorang GPK Kokurikulum yang dedikasi, dan cukup sporting di kalangan murid. Kini SK Sungai Puteri kesunyian dari mendengar gelak tawa Cikgu Roslan. 
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan serta bakti keringat yang telah dicurahkan kepada anak didik SK Sungai Puteri serta kecemerlangan bidang kokurikulum sekolah.
Kami semua mengharapkan agar semua kenangan manis sepanjang bertugas di SK Sungai Puteri sentiasa berada di sanubari Tuan Haji Roslan bin Nikmat buat selamanya.

Thursday, April 14, 2011

OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI






MUHAMMAD AZRIL ABU BAKAR DAN SHARIFAH NUR FARHANA SYED IDRUS
TELAH DINOBATKAN OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI  
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SUNGAI PUTERI
KALI KE-9, 2011

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-9

SK SUNGAI PUTERI- Bertempat di padang SK Sungai Puteri telah berlangsung Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-9 yang telah diadakan pada 13 April 2011. Sukan tahunan pada kali ini dilangsungkan secara dalaman sahaja memandangkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Walaupun begitu perjalanan kejohanan sukan ini berlangsung dengan lancar dan meriah.
Kejohanan Sukan tahunan dimulakan dengan pembarisan masuk kontinjen rumah-rumah sukan ke padang sambil diiringi lagu. Kemudian para peserta menyanyikan tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah.

Tuesday, April 12, 2011

TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING LELAKI



SK TANJONG GEMOK- Pertandingan Bola Baling peringkat kelompok Rompin Pantai telah berlangsung di padang SK Tanjong Gemok. SK Sungai Puteri turut menghantar dua buah pasukan ke pertandingan ini mengikut kategori iaitu lelaki dan perempuan. Seramai 20 orang pemain dan 5 orang guru pengiring telah ke pertandingan ini. 
Pasukan lelaki SK Sungai Puteri yang dilatih oleh Encik Rozman bin Abdul Rani Zainuddin telah muncul sebagai Johan Kelompok Rompin Pantai dengan mengalahkan pasukan dari SK Sarang Tiong di perlawanan akhir. Namun kejayaan pasukan lelaki ini tidak dapat diikuti oleh pasukan wanita yang terkandas di peringkat suku akhir.
Tahniah dan syabas buat pasukan bola baling lelaki SK Sungai Puteri.

ACARA AKHIR SEBELUM KEJOHANAN SUKAN

SK SUNGAI PUTERI- Acara akhir sebelum Kejohanan Sukan Tahunan yang akan berlangsung pada 13 April 2011 telah dilaksanakan pada hari ini. Acara yang telah dijalankan ialah lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru kategori lelaki dan perempuan bagi murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Kesemua acara ini bermula tepat jam 8:30 pagi. 
Tepat jam 11:30 pagi majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi ketiga-tiga acara ini telah dilangsungkan. Kesemua Guru Penolong Kanan SK Sungai Puteri telah berkenan untuk menyarungkan pingat kepada para pemenang.

Para pemenang meraikan kejayaan masing-masing
Kedudukan pungutan mata rumah sukan selepas acara sukantara dan acara akhir

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT GAMBAR

Monday, April 11, 2011

SEKITAR SUKANTARA

SK SUNGAI PUTERI- Walaupun keadaan padang yang dipenuhi dengan takungan air, namun semua itu tidak menjadi halangan untuk para guru terutama unit kokurikulum untuk meneruskan pelaksanaan sukantara. Antara acara yang dijalankan adalah lontar peluru, lompat jauh dan lari 80 meter. Kelihatan murid-murid begitu seronok sekali almaklumlah inilah masanya mereka mengambil kesempatan untuk bermain air.

klik di sini untuk melihat video.

RAMALAN CUACA UNTUK 7 HARI BAGI ROMPIN

SUMBER : JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Ahad, 10/04/2011

Ribut petir di beberapa tempat
Malam
Pagi : Hujan di satu dua tempat
Petang : Hujan curah di satu dua tempat
Malam : Ribut petir di beberapa tempat
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C

Isnin, 11/04/2011

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
Pagi : Tiada Hujan
Petang : Ribut petir di satu dua tempat
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C

Thursday, April 7, 2011

TERIMA KASIH

Semua guru dan staf SK Sungai Puteri mengucapkan selamat hari lahir kepada Cik Wan Norhayati bin Wan Abdul Rahman dan terima kasih di atas jamuan yang disediakan.


Saturday, April 2, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12

SK SUNGAI PUTERI- Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. Tepat jam 8:00 pagi para ibu bapa telah mula berpusu-pusu membuat pendaftaran di kantin sekolah sebelum menikmati jamuan yang telah disediakan.Setelah menikmati juadah, para ibu bapa menuju ke Dewan Tun Fatimah bagi memenuhi kerusi yang telah disediakan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Asmawi bin Mohd Daud diikuti ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Rosli. Seterusnya ucapan Tuan Guru Besar SK Sungai Puteri, Tn Hj. Ismail bin Mohd Said selaku penasihat PIBG. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian  oleh YB Kapten (B) Dato' Haji Johari bin Haji Hussain.


MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT KELOMPOK PANTAI UTARA

SK SUNGAI PUTERI- Pada 1 April 2011 yang lalu Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kelompok Pantai Utara telah diadakan di SK Leban Chondong. Antara kategori yang telah dipertandingkan adalah Tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid, dan Bercerita. 
SK Sungai Puteri telah menghantar 3 orang wakil untuk kategori Tilawah Al-Quran dan Hafazan. Walaubagaimanapun ke semua wakil yang dihantar sekadar mendapat tempat keempat bagi kategori yang disertai.
Walaupun sekadar mendapat tempat keempat, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua wakil SK Sungai Puteri memandangkan mereka hanya sempat mempersiapkan diri dalam jangkamasa yang singkat.
Diharapkan pada tahun hadapan pencapaian yang lebih baik dapat diraih.

Friday, April 1, 2011

PEMANTAUAN KALI KEDUA

SK SUNGAI PUTERI - Puan Azizah binti Hassan telah dipantau buat kali kedua untuk Anugerah Guru Inovatif 2011. Beliau yang merupakan calon untuk mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan telah dipantau oleh Pn Fasihah, Pn. Roziah, Pn Norashikin, dan En. Nadarajah yang merupakan wakil dari Bahagian Perkembangan Kurikulum. Turut mengiringi rombongan ini adalah Pn. Faridah dan Pn Fudziah dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Puan 

Azizah binti Hassan mempertaruhkan Program Superbook bagi matapelajaran Bahasa Inggeris. Antara tentatif sewaktu kehadiran rombongan ini ialah penerangan ringkas tentang keberkesanan Superbook di bilik mesyuarat. Sebelum Encik Zulfikri bin Ismail telah mengetuai bacaan doa. Sebaik sahaja selesai bacaan doa, tuan guru besar, Encik Ismail bin Mohd Said memberikan ucapan alu-aluan. Selesai sahaja sesi penerangan ke semua rombongan di bawah ke kelas untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris menggunakan Superbook ini. Setelah selesai melihat proses pengajaran dan pembelajaran, ahli rombongan dibawa ke ruang makan prasekolah untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.


KEMPEN SIFAR PONTENG