SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, March 1, 2012

KEJOHANAN SUKAN MSSD ROMPIN

Seramai lapan orang peserta yang terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan telah menyertai Kejohanan Sukan MSSD Rompin Kelompok Pantai Utara. Kejohanan pada kali ini telah berlangsung di SK Selendang 4. Antara acara yang dipertandingkan ialah lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, 100 meter dan 200 meter bagi kategori bawah 10 tahun dan bawah 12 tahun lelaki dan perempuan.

Mohamad Idham Solihin merupakan satu-satunya penyelamat bagi SK Sungai Puteri kerana berjaya memenangi tempat kedua untuk acara lontar peluru lelaki bawah 12 tahun. Kegagalan SK Sungai Puteri menuai pingat kerana peserta yang dihantar hanya untuk kategori bawah 12 tahun. Tambahan pula ada di antara peserta perlu menyertai lebih dari dua acara. Walaubagaimanapun di harap pada tahun hadapan pasukan olahraga SK Sungai Puteri dapat menebus kehampaan ini.

No comments:

Post a Comment