SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Saturday, March 3, 2012

MESYUARAT AGONG PIBG KE-13


3 MAC 2012 - Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Puteri kali ke-13 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Tun Fatimah, SK Sungai Puteri. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Asmawi bin Daud.Seterusnya majlis dimulakan dengan perbentangan minit mesyuarat yang lepas serta laporan kewangan oleh setiausaha dan bendahari PIBG SK Sungai Puteri. Pada mesyuarat kali ini pelbagai usul turut dibentang demi manfaat bersama terutama murid-murid SK Sungai Puteri. 

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Dato' Maznah binti Mazlan telah berkenan untuk merasmikan penutupan Mesyuarat Agong PIBG SK Sungai Puteri pada tahun ini. Kehadiran beliau telah disambut dengan persembahan silat oleh Persatuan Silat dari Kampung Perpat, Kuala Rompin. Beliau turut dipersembahkan dengan persembahan koir serta pantomen oleh murid-murid SK Sungai Puteri. Dalam ucapan penutupan, beliau banyak menyampaikan mesej kepada ibubapa akan peri pentingnya kerjasama di antara ibu bapa dan guru dalam memastikan kejayaan anak-anak serta menghargai setiap pemberian atau transformasi yang dibawa oleh kerajaan. 

Di majlis ini juga, kejayaan murid-murid Tahun 6 2011 yang memperolehi 5A turut diraikan. Selain itu juga, sumbangan para guru Tahun 2011 turut dihargai dengan pemberian cenderahati sumbangan PIBG SK Sungai Puteri. Sebagaimana biasa, sesi cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan majlis serta menghargai kehadiran para ibu bapa dan guru. Mesyuarat Agong PIBG SK Sungai Puteri berakhir sekitar jam 1.30 petang.

UNTUK LIHAT GAMBAR- KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment