SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Monday, July 9, 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1 MALAYSIA


Sebagaimana yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan Program Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia sebagai satu program terbesar yang boleh dimasukkan ke dalam Malaysian Books of Record, maka pihak pengurusan SK Sungai Puteri telah menyahut seruan ini dengan menjayakannya dalam suasana serba sederhana tetapi cukup meriah dan meriangkan tanpa sebarang tekanan dan pembaziran tenaga, masa dan wang ringgit untuk menjadikan program gah. Dengan bersandarkan semangat perpaduan di kalangan seluruh warga SK Sungai Puteri program ini berjaya dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajran Malaysia.

Pihak pengurusan SK Sungai Puteri mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia ini. Sesungguh kejayaan penganjuran progam ini oleh pihak pengurusan SK Sungai Puteri ini berlandaskan kepada pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing ; bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Lihat gambar KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment