SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Sunday, July 8, 2012

ENGLISH CAMP




Pada 7 Julai 2012, bertempat di Chedoq Beach Resort, Panitia Bahasa Inggeris SK Sungai Puteri telah menganjurkan English Camp. Seramai 40 orang pelajar dari tahun 5 serta 10 orang guru mengikuti program ini. Sepanjang program ini semua peserta dikehendaki berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris yang mana merupakan tujuan penganjuran program ini diadakan. Program ini dikelolakan oleh semua guru Bahasa Inggeris SK Sungai Puteri yang terdiri daripada Pn Azizah binti Hassan, Pn. Sabariah binti Abdul Razak, Encik Ahmad Farid bin Ibrahim dan Cik Muziana binti Man. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Mr John Fojut dari PPD Rompin.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini. Antara aktiviti yang diadakan seperti Ice breaking, Scavenger Hunt, Kim's Game, Let's Sing, Jumble Thinker dan Role Play. Walaupun pelbagai aktiviti dijalankan dalam tempoh masa yang terhad, namun penglibatan murid amat menggalakkan kerana masing-masing cuba memperolehi mata bagi memenangi hadiah yang telah disediakan,

Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang sekaligus merasmikan majlis penutupan English Camp kali ini. Dalam ucapan penutupan, beliau meminta para peserta cuba untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris dan menggunakan medium seperti televisyen dan radio dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris.

Menurut Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Puan Azizah binti Hassan, beliau amat berbangga dan berpuas hati dengan penganjuran English Camp yang julung-julung kali diadakan di luar kawasan sekolah. Walaupun terdapat pelbagai rintangan dalam perancangannya namun semua itu dapat diatasi dengan semangat kerjasama sepasukan untuk memastikan ianya dapat dijayakan. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat baik secara langsung atau tidak dalam menjayakan English Camp ini. Tanpa gandingan semua English Camp ini tidak akan berjaya diadakan.

English Camp melabuhkan tirainya tepat jam 5 petang dengan para peserta menaiki bas bertolak pulang ke SK Sungai Puteri.

Lihat Gambar KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment