SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Tuesday, July 17, 2012

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG



17 Julai 2012, Unit Kokurikulum SK Sungai Puteri telah membuat pelancaran Kempen Mengibar Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan. Kempen ini dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Mohd Asmawi bin Daud. Selepas itu, Encik Zulfikri bin Ismail telah mengetuai nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negeri Pahang, lagu Negaraku dan lagu Sekolah. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri. Dalam ucapan perasmian, beliau berharap semua murid di SK Sungai Puteri mengibarkan Jalur Gemilang dengan bangganya di mana sahaja. Beliau turut meminta murid bersyukur dengan apa yang dikecapi serta berusaha mengekalkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi sekarang. Majlis berakhir sekitar jam 8:00 pagi.

No comments:

Post a Comment