YG BHG EN YAHYA BIN ZAINAL ABIDIN AAP.AMN |
Pada 17 Julai 2012, seramai 16 orang guru dari SK Sungai Puteri telah mengikuti Program Bicara Profesional bersama Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Rompin untuk guru-guru daerah Rompin. Yg Bhg Encik Yahya bin Zainal Abidin telah mengemukakan kajian beliau bagaimana seseorang guru cemerlang di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira beberapa aspek seperti ceria, kekemasan, menepati masa, mencadangkan buku kepada pelajar dan sebagainya. Apabila aspek-aspek ini mendapat skor yang tinggi maka secara tidak langsung seseorang guru itu berjaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tuan Pengarah turut menunjukkan satu program yang dapat mengukur atau menilai keberkesanan aspek yang dinilai terhadap seseorang guru dengan memberi skor 1 hingga 10 pada setiap aspek. Program Bicara Profesional ini tamat sekitar jam 5 petang. Guru-guru SK Sungai Puteri yang terlibat ialah :-
- Tuan Haji Ismail bin Mohd Said
- Pn. Asmah binti Idris
- En. Rusdi bin Ariffin
- Pn. Zurainah binti Mohamed Ramli
- En. Ahmad Faizal bin Mohamad
- En. Ahmad Farid bin Ibrahim
- En. Amir Rezal bin Razak
- En. Hafiz Fikry bin Ahmad
- En. Mohd Asmawi bin Daud
- En. Mohd Nazim bin Md Derus
- En.Saiffuzzaman bin A Aziz
- En. Mohd Zainal bin Muda
- En. Mohd Rosli bin Abdullah
- En. Zulfikri bin Ismail
- Cik Muziana binti Man
- Cik Muzainah binti Shadan
Terima kasih semua cikgu SK Sg Puteri yg sudi ikut ceramah saya dan terima kasih buat lipitan dlm blog ini. Harap perkongsian. itu diterima & dipraktik. Selamat maju jaya.
ReplyDelete