SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, August 15, 2012

KHATAM AL-QURAN


Pada 15 Ogos 2012, sekali lagi SK Sungai Puteri berjaya menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bersempena bulan Ramadhan pada tahun ini. Majlis yang bermula sekitar jam 8:20 pagi ini menyaksikan 45 orang peserta dari Tahun 4 telah berjaya khatam selepas mengikuti majlis tadarus sepanjang bulan Ramadhan. Ustaz Mohd Asmawi bin Mohd Daud telah memimpin majlis ini. Sebaik sahaja majlis ini selesai, majlis diteruskan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh mantan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Sungai Puteri iaitu En. Roslan bin Nikmat. Ceramah yang disampaikan bertajuk Keagungan Al-Quran. Dalam ceramah tersebut murid-murid disajikan dengan tayangan video yang amat bertepatan dengan tajuk serta cukup menginsafkan.
Sebaik sahaja selesai ceramah, majlis penyampaian hadiah dan sumbangan kepada yang berikut telah diadakan :-
  1. peserta-peserta khatam Al-Quran
  2. penceramah
  3. guru-guru Pendidikan Islam dan jQAF
  4. anak-anak yatim
  5. ibubapa dan penjaga miskin
Yang DiPertua PIBG dan Guru Besar SK Sungai Puteri berkenan untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan sumbangan ini. Majlis berakhir sekitar jam 12:30 tengah hari. Penganjur majlis ini, Ustazah Shuhaini binti Mohd Amin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma dan penyumbang serta berharap  segala yang dilakukan mendapat pahala dari Yang Maha Esa.

LIHAT GAMBAR - KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment