SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, August 15, 2012

HOME LEARNING







Satu Majlis Penyerahan 'Home Learning' untuk pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah [UPSR] tidak beberapa lama lagi telah diadakan.Pihak pengurusan sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis ini bagi membekalkan tugasan yang perlu dibuat sepanjang cuti sekolah dan cuti sempena sambutan Aidilfitri ini. Ini bertujuan agar setiap calon UPSR SK Sungai Puteri tidak membuang masa begitu sahaja sepanjang cuti persekolahan nanti. 

Pada majlis ini, Guru Besar SK Sungai Puteri Tuan Haji Ismail bin Mohd Said turut menyampaikan amanat kepada semua calon UPSR. Beliau berharap semua calon menjawab tugasan 'Home Learning' ini mengikut 'time frame' sebenar seperti mana yang sepatutnya dilakukan oleh calon agar mereka tidak lagi memberi alasan ketidakcukupan masa untuk menjawab soalan semasa UPSR sebenar. Beliau turut menyatakan peri pentingnya setiap calon tahu bagaimana untuk mendapat markah tinggi. Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua calon UPSR ini.

No comments:

Post a Comment