SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, August 15, 2012

UJIAN DEMI UJIAN


Pada 13 hingga 15 Ogos 2012, calon UPSR SK Sungai Puteri telah menduduki Penilaian Ke-5 mereka demi menilai sejauh mana proses pengajaran dan pembelajaran mereka serta persediaan mereka menjelang Ujian Penilaian Sekolah Rendah [UPSR] tidak beberapa lama lagi. Walaupun dilaksanakan dalam bulan Ramadhan serta suasana cuti persekolahan dan sambutan Aidilfitiri yang bakal menjelang, namun itu semua tidak menjadi halangan kepada 22 orang calon yang memperolehi 5A dalam penilaian ini. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan tahniah kepada calon yang berjaya memperolehi 5A ini dan berharap mereka akan memperolehi keputusan yang sama padap UPSR sebenar nanti.

No comments:

Post a Comment