17 Oktober 2012, semua murid Tahun 6 telah mengikuti ceramah berkaitan dadah bagi melengkapkan diri mereka sebelum melangkah ke sekolah menengah yang pastinya terdedah dengan pelbagai dugaan sesuai dengan usia remaja mereka. Oleh kerana itu, ceramah yang mendapat sentuhan terus dari pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan cawangan Kuala Rompin diharap dapat membantu pelajar Tahun 6 ini mengenal pasti dan memahami akan bahaya dadah kepada manusia. Pelbagai input telah diberikan kepada Tahun 6 ini supaya tidak terjebak dengan perangkap dadah.
No comments:
Post a Comment