SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, November 8, 2012

GRADUASI PRASEKOLAH 2012



Majlis Graduasi Prasekolah SK Sungai Puteri bagi tahun 2012 telah berjaya diadakan walaupun dalam suasana serba sederhana tetapi cukup meriah. Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada semua murid prasekolah yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun 2012 ini. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustazah Mohd Asmawi bin Mohd Daud. Selesai sahaja bacaan doa, ucapan daripada GPK Pentadbiran Puan Asmah binti Idris yang menyampaikan beberapa perkara berkaitan prasekolah. 

Setelah itu, majlis penyampaian cenderahati serta anugerah bagi murid prasekolah yang cemerlang dijalankan. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Dipertua Persatuan Ibubapa Prasekolah iaitu En Johari yang turut menyampaikan hadiah dan anugerah pada majlis ini. Sebelum majlis berakhir ibubapa dan penjaga menikmati jamuan nasi dagang dan kuih-muih.

Lihat gambar--KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment