SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, November 7, 2012

JAMUAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER



Unit Disiplin dan Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan jamuan bagi meraihikan serta menghargai sumbangan pemimpin kecil SK Sungai Puteri sepanjang sesi persekolahan 2012 ini. Pelbagai juadah telah disediakan seperti nasi minyak, kek coklat, buah-buahan dan sebagainya. Kelihatan para pemimpin kecil ini begitu seronok memandangkan majlis yang diadakan berkonsep santai yang mana para guru turut serta menjamu selera dengan hidangan yang disediakan.
"Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengawas dan pengawas pusat sumber yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi demi memastikan tahap disiplin di SK Sungai Puteri adalah terbaik", Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, dalam ucapan beliau pada majlis ini.

No comments:

Post a Comment