SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, December 27, 2012

MESYUARAT PERSIAPAN SESI PERSEKOLAHAN 2013


Sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan 2013, SK Sungai Puteri telah mengadakan Mesyuarat Guru Kali Pertama pada 27 Disember 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat. Semua guru telah hadir ke mesyuarat tersebut walaupun cuti akhir tahun masih berbaki lima hari lagi.
Guru Besar SK Sungai Puteri, Tuan Haji Ismail bin Mohd Said telah mempengerusikan mesyuarat di mana beliau telah memberikan taklimat awal tentang perjalanan sesi persekolahan 2013. Guru Penolong Kanan Kurikulum, Puan Asmah binti Idris kemudiannya telah mengambil giliran untuk menerangkan butiran pengurusan kurikulum.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan tugas kerja oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Hamidah binti Mohd Saad dan diikuti oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Zurainah binti Mohamed Ramli. Turut dibentangkan dalam mesyuarat tersebut adalah tentang persediaan sekolah untuk pendaftaran murid Tahun 1 dan Prasekolah yang akan diadakan pada 31 Disember 2012.
Mesyuarat berakhir sekitar jam 1:15 petang. Semoga taklimat yang diberi dapat memberi panduan kepada guru-guru untuk menjalankan tugas mereka pada sesi persekolahan baharu nanti. Sebelum pulang para guru telah dijamu dengan makan tengahari. Jamuan ini merupakan sumbangan daripada salah seorang penjaga bekas murid Tahun Enam 2012 yang berjaya memperolehi 5A pada UPSR baru-baru ini. Pihak pengurusan sekolah merakamkan jutaan terima kasih.

No comments:

Post a Comment