SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Monday, December 31, 2012

PENDAFTARAN MURID PRASEKOLAH SESI 2013

Pada 31 Disember 2012, pihak pengurusan SK Sungai Puteri telah mengadakan pendaftaran murid prasekolah bagi sesi 2013.  Sebelum proses pendaftaran dilakukan, sebuah sesi taklimat telah diadakan. Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri sudi menyampaikan kata alu-aluan sebelum penyelaras prasekolah SK Sungai Puteri bagi sesi 2013, Puan Rosliza binti Ismail menyampaikan taklimat  berkaitan prasekolah seperti peraturan, jadual waktu, proses pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. Pada majlis yang sama, pengurusan prasekolah turut mengadakan sesi pemilihan Jawatankuasa Pewaris Prasekolah 2013. Berikut Jawatankuasa Pewaris 2013:-

Penasihat                     : Tuan Haji Ismail bin Mohd Said
Pengerusi                     : Encik Anua bin Awang
Naib Pengerusi            : Encik Ikmal bin Abd Rahman
Setiausaha                    : Puan Rosliza binti Ismail
Bendahari                    : Cik Roshanita binti Yusoff
AJK                                :
                                         Puan Sapinah Saleh
                                         Puan Rohaida
                                         Puan Norhafizah
                                         Encik Ismail
                                         Encik Zakaria

Selesai sahaja taklimat para ibubapa dan penjaga mula beratur untuk mendaftar anak masing-masing. Ibubapa dan penjaga turut dijamu sebelum meninggalkan perkarangan sekolah. Penyelaras Prasekolah SK Sungai Puteri berpuas hati dengan perjalanan pendaftaran ini.

No comments:

Post a Comment