SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Monday, December 31, 2012

PENDAFTARAN TAHUN 1 2013


Seawal jam 8:30 pagi lagi, perkarangan kantin sekolah telah dipenuhi dengan ibubapa dan penjaga yang hendak mendaftar anak masing-masing di Tahun 1. Walaupun hujan, namun ianya tidak mematahkan semangat ibubapa dan penjaga terutama murid Tahun 1. Sebelum ibubapa dan penjaga mendaftar anak masing-masing, pengurusan sekolah telah mengadakan sesi taklimat kepada ibubapa dan penjaga. Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri menggunakan ruang ini untuk menerangkan tentang Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) supaya ibubapa dan penjaga dapat memahami transformasi pendidikan yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan zaman persekolahan ibubapa dan penjaga murid Tahun 1 ini. 
Puan Hamidah binti Saad, GPK Hal Ehwal Murid, turut menyampaikan beberapa perkara seperti pengisian borang Sistem Maklumat Murid, Borang SPBT serta perjalanan proses pendaftaran murid Tahun 1 ini. Ustazah Shuhaini binti Mohd Amin yang merupakan Ketua Panitia Pendidikan Islam turut menyampaikan taklimat berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi kelas TASMIK.

Selesai sahaja taklimat, ibubapa dan penjaga bergerak ke bilik Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) untuk mengambil buku teks sebelum membuat pembayaran yuran dan pembelian alatan sekolah di kantin. "Saya amat berpuas hati dengan proses pendaftaran ini kerana ianya berjalan dengan lancar. Malah saya dapat memahami berkaitan PBS walaupun tidak sepenuhnya", Puan Hamimah, salah seorang ibu murid Tahun 1.

No comments:

Post a Comment