SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Monday, February 25, 2013

KEJOHANAN BOLA BALING KELOMPOK ROMPIN PANTAI UTARA

Pada 25 Februari bertempat di SK Rompin telah berlangsung Kejohanan Bola Baling peringkat Kelompok Rompin Pantai Utara. Sepertimana biasa SK Sungai Puteri telah menghantar pasukan lelaki dan wanita. Pada tahun ini pasukan lelaki telah berjaya mendapat tempat kedua manakala pasukan wanita berjaya menduduki tempat ketiga.
Kategori lelaki menyaksikan hanya empat buah pasukan sahaja yang menyertai. Pasukan tersebut adalah SK Rompin, SK Leban Chondong, SK Kampong Kolam dan SK Sungai Puteri. Manakala bagi kategori perempuan pula menyaksikan enam buah pasukan mengambil bahagian iaitu SK Rompin, SK Leban Chondong, SK Kampong Kolam, SK Sungai Puteri, SK (LKTP) Selendang 1 dan SK Selendang 4.


No comments:

Post a Comment