SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Tuesday, February 5, 2013

MERENTAS DESA PERINGKAT MSSD ROMPIN 2013

Pada 4 Februari 2013, bertempat di SMK Selendang, seramai 8 orang peserta merentas desa SK Sungai Puteri telah menyertai kejohanan tersebut. Pada tahun kejohanan merentas desa ini telah berlangsung dalam keadaan hujan. Walau bagaimanapun kejohanan tetap diteruskan setelah mengambil kira semua faktor terutama berkaitan dengan keselamatan para peserta kejohanan.
Nur Nabila binti Zulkifli dari Tahun 5 Jauhari berjaya meraih tempat pertama bagi kategori perempuan bawah 12 tahun dengan catatan 30 minit 14 saat meninggalkan peserta lain. Kejayaan Nur Nabila melayakkan beliau untuk mewakili Daerah Rompin di Kejohanan Merentas Desa untuk mewakili negeri Pahang yang akan berlangsung di Daerah Bera nanti. Kejayaan Nur Nabila turut mengharumkan nama sekolah.
Pihak pengurusan SK Sungai Puteri mengucapkan tahniah dan syabas kepada Nur Nabila semoga lebih berjaya di peringkat seterusnya.

Peserta Merentas Desa SK Sungai Puteri selepas menamatkan larian

Nur Nabila menerima pingat dan sijil daripada Pegawai Pelajaran Daerah Rompin

No comments:

Post a Comment