SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, February 7, 2013

Urusan Pemangkuan PPLD DGA32 ke DGA34

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED DGA32 KE GRED DGA34 DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM) TAHUN 2013 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Pendidikan Khas adalah urus setia penyelarasan bagi urusan pemangkuan PPPLD dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 bagi mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat Guru Besar di sekolah-sekolah di bawah kawalan Bahagian Pendidikan Khas pada tahun 2013.
1. Sehubungan dengan itu, urusan permohonan ini adalah terbuka kepada semua PPPLD Gred DGA32 termasuk pegawai-pegawai yang telah mendapat kenaikan pangkat secara Time-Based (KUP), sedang cuti belajar, cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, pegawai-pegawai yang dipinjamkan / tukar sementara ke agensi lain.
2. Calon-calon yang ingin memohon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus urusan pemangkuan seperti yang dinyatakan di bawah:-
2.1. Syarat-syarat Umum
2.1.1. telah disahkan dalam perkhidmatan;
2.1.2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini (2009, 2010 dan 2011);
2.1.3. bebas dari tindakan tatatertib;
2.1.4. telah mengisytiharkan harta;
2.1.5. lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
2.1.6. bebas daripada senarai ‘Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
2.1.7. diperakukan oleh Ketua Jabatan.
2.2. Syarat Khusus
2.2.1. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DGA32 secara hakiki ataupun secara Time-Based sebelum atau pada 31 Disember 2008.
2.2.2. Sedang berkhidmat di Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri atau Program Pendidikan Khas Integrasi atau Sekolah Pendidikan Khas
3. Borang Permohonan
3.1. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini hendaklah mengisi Borang BPDGA34 seperti di Lampiran C.
3.2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi dengan maklumat yang betul hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan satu (1) salinan dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:-
3.2.1. Kad Pengenalan;
3.2.2. Surat kenaikan pangkat ke Gred DGA32;
3.2.3. Kenyataan oleh Ketua Jabatan (seperti di Lampiran G); dan
3.2.4. Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi / Tabung Pendidikan (Lampiran E)
3.2.5. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang telah dikemaskini
4. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus seperti di para 2.1 dan 2.2 di atas sahaja yang layak memohon. Semua pemohon diingatkan supaya mengisi borang permohonan dengan lengkap dan betul, berserta dokumen sokongan yang disahkan seperti yang dikehendaki. Semua borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada urus setia Bahagian Pendidikan Khas sebelum atau pada 15 Februari 2013 (Jumaat).
5. Peranan Ketua Jabatan
5.1. Ketua Jabatan adalah dipohon untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:-
5.1.1. menghebahkan dan memaklumkan urusan pemangkuan ini kepada semua calon di bawah kawalan masing-masing berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan di para 3.1 dan 3.2 di atas;
5.1.2. menyemak serta memastikan ketetapan dan kesahihan maklumat yang diberikan oleh calon;
5.1.3. memastikan hanya permohonan yang memenuhi syarat umum dan khusus seperti di para 2.1. dan 2.2 di atas sahaja dikemukakan kepada Unit Pengurusan Staf Sekolah, Bahagian Pendidikan Khas.
5.2. Ketua Jabatan hendaklah memastikan calon-calon diperakukan kepada Bahagian Pendidikan Khas:
5.2.1. sanggup memegang jawatan kenaikan;
5.2.2. sanggup bertukar seperti diarahkan;
5.2.3. tidak berada dalam tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat kerana dikenakan hukuman tatatertib; dan
5.2.4. tidak berada dalam tempoh berdenda.
6. Ketua Jabatan adalah dipohon agar mengemukakan senarai calon yang lengkap pada tarikh yang ditetapkan. Senarai calon yang tidak lengkap atau lewat daripada tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
7. Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut mengenai perkara ini bolehlah dirujuk kepada pegawai-pegawai yang bertanggungjawab seperti berikut:-
Pn. Solehah bt Misron : 03-8884 9161
En. Sukiman Daud : 03-8884 9126
Pn. Fadzilah bt Johari        : 03-8884 9165
8. Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, urusan ini adalah tertakluk kepada apa-apa semakan oleh kerajaan kepada terma dan syarat perkhidmatan dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment