SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Tuesday, April 30, 2013

PERMATA PINTAR

Unit IT SK Sungai Puteri, di bawah kendalian Puan Haslina binti Yaacob, telah melaksanakan Ujian Permata Pintar kepada murid-murid SK Sungai Puteri bermula Tahun 3 hingga Tahun 6. 
    Pelaksanaan program ini dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut tahun memandangkan bilangan komputer sedia ada tidak dapat menampung bilangan murid yang menduduki Ujian Permata Pintar ini. Malah bagi menangani permasalahan ini, penggunaan komputer riba telah digunakan.
     Menurut Puan Haslina, pihaknya tidak menetapkan murid yang berada di kelas pertama sahaja menduduki ujian ini memandangkan kecerdasan pelajar adalah pelbagai sesuai dengan soalan yang terdapat pada Ujian Permata Pintar ini.
      Beliau turut menyimpan harapan agar ada dikalangan pelajar yang menduduki ujian ini dapat melepasi peringkat seterusnya.


No comments:

Post a Comment