SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Monday, April 29, 2013

PROGRAM MURIDKU SAYANG

Di pagi Isnin nan indah, para murid yang lahir pada bulan April telah diraikan seperti mana murid-murid yang lahir pada bulan-bulan yang lepas. Aktiviti ini diadakan bersempena dengan Program Muridku Sayang. 
Program ini berobjektifkan menambat hati para murid SK Sungai Puteri untuk mencintai Sekolah, menanam sikap menghormati dan menghargai orang lain dalam kalangan para murid di SK Sungai Puteri. Selain itu juga ianya memberi satu pengalaman bari para murid yang tidak pernah menyambut hari lahir.
Program ini diadakan setiap hari Isnin minggu ke-4 setiap bulan. Ianya dimulai dengan bacaan doa. Seterusnya murid-murid lain akan menyanyikan Lagu Selamat Hari Lahir sebelum murid yang dirai diberikan hadiah. Program ini diharapkan dapat membantu menjayakan usaha Sifar Ponteng.



No comments:

Post a Comment