SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Sunday, May 19, 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan dalam suasana serba ringkas tapi cukup meriah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Asmawi bin Mohd Daud. Selesai sahaja bacaan doa, Ketua Pengawas, Ahmad Fakhrul Hariz bin Mohd Ghauth mewakili seluruh murid SK Sungai Puteri telah menyampaikan ucapan sempena Hari Guru ini. 
Majlis diteruskan lagi dengan  ucapan Guru Besar SK Sungai Puteri, Encik Ismail bin Mohd Said. Majlis turut diserikan dengan deklamasikan sajak oleh adik Nur Irsalina binti Mohamad Nazri.
Selesai sahaja ucapan Guru Besar, guru-guru telah menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia serta lagu Tema Hari Guru pada tahun ini. Kelihatan murid-murid gembira melihat guru-guru mereka mengalunkan lagu-lagu tersebut.
Sebelum majlis berakhir, semua guru diberikan cenderahati sumbangan dari Kelab Guru dan Staf SK Sungai Puteri. Di majlis yang sama, guru-guru yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2012 turut diraikan.







No comments:

Post a Comment