SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, May 17, 2013

DOA SELAMAT DAN TAHLIL

Kelab Guru dan Staf SK Sungai Puteri telah mengadakan majlis doa selamat dan tahlil sempena Hari Guru. Majlis ini telah diadakan pada 16 Mei 2013 di sebelah malam. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, diikuti solat hajat dan disusuli dengan tahlil serta doa selamat bagi memohon kesejahteraan kepada semua guru dan staf. Ustaz Mohd Asmawi telah mengetuai majlis ini.
Selesai sahaja solat Isyak, para guru dan staf telah menikmati jamuan yang telah disediakan. Hidangan pada malam itu merupakan udang masak merah, udang goreng kunyit, ikan kerisi goreng, kari daging, ulam-ulaman, kuih-muih,  air teh dan sirap. 
Menurut pengerusi Kelab Guru dan Staf SK Sungai Puteri, Encik Rozman bin Abd Rani Zainudin, majlis seumpama ini diadakan bertujuan meraikan Hari Guru serta memohon kesejahteraan dan kegemilangan guru serta staf SK Sungai Puteri. Beliau amat berharap tradisi ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun hadapan.






No comments:

Post a Comment