SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, July 5, 2013

ASAS KECERGASAN PRASEKOLAH

Pada 4 Julai 2013 SK Sungai Puteri telah menjadi tuan rumah kepada karnival Asas Kecergasan Prasekolah Peringkat Kelompok Rompin. Sebanyak 14 buah sekolah telah menyertai acara ini. Ianya bertujuan untuk melihat dan menilai kecergasan murid prasekolah dalam setiap aktiviti yang telah ditetapkan. Walaupun padang ditakungi air, namun ianya tidak mematah semangat murid prasekolah mempamerkan aksi mereka. 
Pihak pengurusan SK Sungai Puteri mengucapkan terima kasih kepada penyelaras prasekolah SK Sungai Puteri kerana berjaya merealisasikan program ini. Diharapkan semua pihak berpuas hati dengan prasarana yang disediakan.





No comments:

Post a Comment