SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Tuesday, July 9, 2013

JAMUAN PERPISAHAN


Pada 8 Julai 2013, Kelab Guru dan Staf SK Sungai Puteri telah mengadakan Jamuan Perpisahan buat Puan Muziana binti Man dan Cik Rosmar Idayu binti Kamarudin. Puan Muziana binti Man akan berpindah ke negeri asal beliau iaitu Sarawak selepas permohonan beliau melalui eGTukar telah diluluskan. Manakala Cik Rosmar Idayu telah bertukar ke SMK Tanjong Gemok kerana pertukaran jawatan dari Pembantu Am Pejabat ke Pembantu Makmal.
Walaupun majlis diadakan secara kecil-kecilan, namun ianya dapat dijayakan dengan penuh kemeriahan. Diharapkan Puan Muziana dan Cik Rosmar Idayu gembira di tempat yang baru. Terima kasih di atas sumbangan yang diberikan sepanjang berkhidmat di SK Sungai Puteri.





No comments:

Post a Comment