SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, August 1, 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN


SK Sungai Puteri telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah sempena Program Ihya Ramadhan tahun ini. Seramai 69 orang murid diraikan kerana berjaya khatam 30 juzuk Al-Quran.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ketua murid dan diikuti bacaan surah Yasin yang diketuai oleh Ustaz Mohd Asmawi bin Mohd Daud. Majlis turut dimeriahkan dengan ceramah khas oleh Ustaz Nazmi bin Abd Ghani dari SK Kedaik. Sepanjang ceramah berlangsung, ia turut diselangi dengan tayangan multimedia yang sememangnya menarik minat para murid. Sebagai tanda kenangan GPK Hal EHwal Murid, Puan Hamidah telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah.





Seterusnya Ustaz Mohd Asmawi bin Mohd Daud memimpin Majlis Khatam Al-Quran. Selesai sahaja Majlis Khatam Al-Quran, majlis penyampaian cenderahati kepada peserta khatam serta guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF.






Pada majlis ini juga, anak-anak yatim SK Sungai Puteri turut mendapat sumbangan berupa baju raya. Sumbangan kepada anak-anak yatim ini merupakan hasil derma daripada para guru, ibu bapa, pihak pentadbiran, Persatuan Ibubapa dan Guru dan orang perseorangan.

Majlis diakhiri dengan Pertandingan Azan / Bakat Bilal Muda. Seramai 10 orang murid lelaki yang berjaya melepasi peringkat saringan menyertai pertandingan ini. Encik Mohd Rosli bin Abdullah, Ustazah Norhayati binti Isa dan Puan Zarina binti Zakaria telah menghakimi pertandingan ini. Mohamad Rafiq Aiman bin Mohd Risdi dari Kelas 5 Intelek muncul pemenang tempat pertama tahun ini.






Majlis berakhir tepat jam 12:00 tengah hari. Sebelum pulang, murid-murid turut bersalaman dengan para guru sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang.

LIHAT GAMBAR - KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment