SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, August 2, 2013

HOME LEARNING



Seperti mana tahun lepas, calon UPSR 2013 tidak terkecuali daripada Program Home Learning. Program yang bertujuan memastikan setiap calon mengisi masa cuti persekolahan dan Sambutan Aidilfitri dengan melaksanakan bekalan soalan yang dibekalkan kepada mereka.


Tuan Haji Ismail bin Mohd Said dalam ucapannya mengharapkan semua calon UPSR 2013 dapat menunaikan amanat yang diberikan memandangkan tempoh masa UPSR semakin hampir. Beliau turut mengingatkan kepada calon tentang kelas tambahan yang akan dilaksanakan pada 15 hingga 17 Ogos 2013. Menurut beliau untuk mencapai sesuatu kejayaan dan kecemerlangan pengorbanan perlu dilakukan. Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua calon UPSR.

No comments:

Post a Comment