SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, January 29, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 29 Januari 2014 bertempat di Ruang Terbuka SK Sungai Puteri. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin beramai-ramai yang diketuai Ustaz Mohd Asmawi bin Mohd Daud. Majlis diteruskan dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Tepat jam 8.30 pagi, penceramah undangan dari SK Kedaik iaitu Ustaz Mohd Nazmi bin Abd Ghani telah menyampaikan ceramah yang penuh pengajaran dan keinsafan kepada setiap guru dan murid berkaitan Nabi Muhammad S.A.W

Majlis berakhir 9.35 pagi dengan Tuan Haji Ismail bin Mohd Said berkenan menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Mohd Nazmi bin Abd Ghani. Semoga majlis yang disambut secara sederhana ini mampu melahirkan rasa keinsafan dan menimbulkan semangat baru dalam diri murid-murid ke arah membentuk sahsiah dan peribadi cemerlang sepertimana peribadi yang dituntut oleh Islam. 




No comments:

Post a Comment