SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, January 29, 2014

SELAMAT HARI LAHIR TUAN HAJI ISMAIL BIN MOHD SAID


Pada 29 Januari 2014, Kelab Guru dan Staf SK Sungai Puteri [KGS] telah membuat sambutan hari lahir buat Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri. Sambutan diadakan sehari awal memandangkan cuti Tahun Baru Cina.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Asmawi bin Mohd Daud. Tuan Haji Ismail diberi kesempatan untuk berucap. Dalam ucapannya, beliau tidak menyangka dengan sambutan yang diadakan dan berharap dengan usia yang dikurniakan-Nya dapat beliau gunakan dengan memberi perkhidmatan yang terbaik selagi termampu. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah mendoakan beliau. Selesai sahaja ucapan, Tuan Haji Ismail memalu gong yang mengandungi seribu satu simbolik. Seterusnya para guru dan murid-murid SK Sungai Puteri menyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu". Seterusnya Tuan Haji Ismail memotong kek yang ditempah khas sebaik sahaja selesai nyanyian.
Encik Rozman bin A. Rani Zainuddin selaku Pengerusi Kelab Guru dan Staf telah menyuapkan sepotong kek kepada Tuan Haji Ismail. Sebaik tanda kenang-kenangan, Encik Rozman telah menyampaikan hadiah sumbangan Kelab Guru dan Staf kepada Tuan Haji Ismail. 
Majlis berakhir dengan pemberian cenderahati kepada semua murid SK Sungai Puteri.




No comments:

Post a Comment