SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Tuesday, April 22, 2014

P2 TAHUN 6

Pada 22 hingga 24 April 2014 murid Tahun 6 SK Sungai Puteri akan menduduki Penilaian kali kedua bagi tahun 2014 ini. Penilaian ini dilakukan untuk melihat perkembangan semasa persiapan calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) SK Sungai Puteri dalam menghadapi UPSR nanti.

Menurut Setiausaha Peperiksaan SK Sungai Puteri, En Rozman A.Rani Zainuddin, P2 kali ini buat julung kalinya menggunakan jadual peperiksaan seperti draf yang diberikan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu pada hari pertama Kertas Bahasa Inggeris dilaksanakan tidak seperti mana dahulu hari pertama adalah Bahasa Melayu Kertas 1. Beliau berharap murid Tahun 6 dapat menerima perubahan jadual ini.

Pihak pengurusan SK Sungai Puteri mendoakan semua calon UPSR 2014 ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam P2 ini. Selamat menduduki Penilaian 2.


No comments:

Post a Comment