SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Wednesday, April 23, 2014

UJIAN SARINGAN PERTAMA PERMATAPINTAR 2014

Sepertimana tahun-tahun lepas, Unit ICT SK Sungai Puteri telah mentadbir urus saringan pertama PermataPintar UKM1. Saringan ini diadakan bermula 22 April hingga 22 Mei 2014 di Makmal Bahasa SK Sungai Puteri.

Menurut Penyelaras Bestari SK Sungai Puteri, Puan Haslina Yaacob saringan PermataPintar UKM1 ini diadakan bertujuan menguji IQ pelajar SK Sungai Puteri dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Beliau berharap lebih ramai yang melepasi saringan pertama ini kerana pada tahun 2013 hanya dua orang murid sahaja yang berjaya ke saringan kedua.

Unit ICT SK Sungai Puteri mensasarkan 120 orang murid akan menduduki saringan pertama ini berbanding tahun 2013 hanya 72 orang sahaja yang menduduki saringan ini.


No comments:

Post a Comment