SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Thursday, April 24, 2014

TAKLIMAT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Pada 24 April 2014 satu taklimat tentang Sekolah Kluster Kecemerlangan telah diadakan di Makmal Bahasa SK Sungai Puteri. Taklimat ini telah disampaikan oleh Guru Besar SK Sungai Puteri, Tuan Haji Ismail bin Mohd Said dan Guru Data SK Sungai Puteri, Encik Amir Rezal bin Razak. Taklimat ini diberikan kepada semua guru dan staf SK Sungai Puteri memandangkan SK Sungai Puteri telah dicalonkan untuk memohon menjadi sekolah kluster kecemerlangan bagi fasa 9.

Pelbagai maklumat telah disampaikan sebagaimana yang diterima oleh Tuan Haji Ismail di Pejabat Pendidikan Daerah Maran pada 21 April 2014 yang lalu. Jelas sekali untuk menjadi salah sebuah sekolah kluster, komitmen yang tinggi serta pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit amat dituntut daripada semua warga SK Sungai Puteri.

InsyaAllah andai ditakdirkan permohonan pencalonan sekolah kluster kecemerlangan SK Sungai Puteri diterima ianya memberi manfaat kepada semua pihak terutama pelajar SK Sungai Puteri.

No comments:

Post a Comment