SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Friday, August 29, 2014

UJIAN SARINGAN KEDUA PERMATA PINTAR UKM


Pada 29 Ogos 2014 (Jumaat) Ujian PERMATA Pintar UKM2 telah diadakan di SK Sungai Puteri. Ujian PERMATA pintar UKM2 adalah ujian saringan kedua Ujian saringan ini mempunyai 15 bahagian yang menguji pelbagai aspek kepintaran kognisi termasuk aspek perbendaharaan kata, pencarian simbol, pengulangan nombor, pemadanan pola atau bentuk, pemahaman dan koding. 

Ia dibina dalam talian dan boleh dicapai dari laman web ini. Untuk menjalani ujian saringan ini, pelajar harus melepasi ujian saringan yang pertama iaitu: Ujian PERMATApintar UKM1. Hasil ujian saringan ini akan dipaparkan mengikut kategori berikut:

(a) Indeks Pemahaman Lisan
(b) Indeks Penaakulan Persepsi
(c) Indeks Daya Ingatan Bekerja
(d) Indeks Kelajuan Memproses Maklumat.


Program PERMATA pintar dan PERMATA Insan ingin mengesan pelajar pintar cerdas semula jadi (nature) dan dikembangkan (nurture) bakat mereka melalui program PERMATA pintar dan PERMATA Insan, berkemampuan menguji minda pelajar. 

Pada tahun ini seramai 18 orang pelajar dari seluruh daerah Rompin menduduki Ujian PERMATA Pintar UKM2. Muhammad Amir Aizat dari Kelas 5 Intelek merupakan satu-satunya murid dari SK Sungai Puteri yang berjaya menduduki ujian kedua ini.


No comments:

Post a Comment