SELAMAT DATANG KE BLOG SK SUNGAI PUTERI

Sunday, September 7, 2014

PENYERTAAN SK SUNGAI PUTERI SEMPENA PERSARAAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH




Bersempena persaraan Tuan Haji Alias, Pegawai Pendidikan Daerah Rompin, pelbagai aktiviti telah diadakan oleh pihak pengurusan PPD Rompin seperti solat hajat, pertandingan mewarna, pertandingan futsal, pertandingan memasak ikan air tawar, makan malam bersama Tuan Haji Alias dan pelbagai lagi. Aktiviti-aktiviti ini diadakan mulai 6 hingga 9 September 2014.

Sehubungan dengan itu, warga SK Sungai Puteri turut menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan bagi memeriahkan lagi acara dan pertandingan yang dianjurkan oleh PPD Rompin ini.

Di kesempatan ini, seluruh warga SK Sungai Puteri mengucapkan SELAMAT BERSARA buat Tuan Haji Alias. Terima kasih di atas segala sumbangan beliau baik secara langsung mahupun tidak langsung kepada SK Sungai Puteri sepanjang perkhidmatan beliau.

No comments:

Post a Comment